Sejarah Pemikiran Ke Timur: Kepentingan Korea Selatan Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia by Uqbah Iqbal

Sejarah Pemikiran Ke Timur: Kepentingan Korea Selatan Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi Malaysia

byUqbah Iqbal

Kobo ebook | March 29, 2016

Pricing and Purchase Info

$1.35

Prices and offers may vary in store

Available for download

Not available in stores

about

Pembangunan ekonomi Malaysia pada masa kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulakan dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 sehingga tahun 1914, diikuti tempoh turun naik atau ketidakstabilan industri sumber asli antara Perang Dunia Pertama dan Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945. Walaupun Malaysia merupakan bekas koloni British, kepentingan ekonomi Korea Selatan telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pasca-kolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Dr. Mahathir Mohamad. Justeru itu permasalahan pokok dalam kajian ini adalah untuk merungkai kewujudan pemikiran Pandang Ke Timur di Malaysia yang memfokus kepada Korea Selatan sebelum ia menjadi dasar utama yang dibentuk oleh Dr. Mahathir Mohamad. Dari segi metodologi yang digunakan, tahap awal penyelidikan ini adalah dengan mengenalpasti dan mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder daripada perpustakaan-perpustakaan, arkib-arkib dan laporan-laporan daripada pelbagai organisasi kerajaan. Menyedari kepentingan Korea Selatan terhadap ekonomi Malaysia, pemikiran Pandang Ke Timur masih dikekalkan semasa era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn. Kesinambungan pemikiran Pandang Ke Timur yang diteruskan oleh tiga tokoh Perdana Menteri ini menyaksikan Korea Selatan muncul sebagai inspirasi dalam hubungan dagangan Malaysia apabila Dr. Mahathir Mohamad mengambil alih kepimpinan negara.

 

Title:Sejarah Pemikiran Ke Timur: Kepentingan Korea Selatan Dalam Pembangunan Sosio-Ekonomi MalaysiaFormat:Kobo ebookPublished:March 29, 2016Publisher:BookRix

The following ISBNs are associated with this title:

ISBN - 10:3739645911

ISBN - 13:9783739645919

Look for similar items by category:

Reviews