Sejarah Pemikiran Pembentukan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya by Uqbah Iqbal

Sejarah Pemikiran Pembentukan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya

byUqbah Iqbal, Nordin Hussin, Ahmad Ali Seman

Kobo ebook | February 6, 2015

Pricing and Purchase Info

$1.30

Prices and offers may vary in store

Available for download

Not available in stores

about

Fokus kajian ini ialah merungkai kepentingan konsep Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya semasa Perang Dunia Kedua. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kaedah penelitian terhadap sumber-sumber yang diperolehi di perpustakaan-perpustakaan. Konsep ini muncul ketika pertikaian perdagangan terus menjadi isu politik yang menyumbang kepada kemerosotan hubungan Anglo-Jepun sehingga menjelang Perang Dunia Kedua. Laut Selatan merupakan pusat pelaburan Jepun yang kedua terpenting selepas Manchukuo. Jepun mengumumkan konsep ini pada 1 Ogos 1940 dengan dua matlamat, iaitu membebaskan Asia Tenggara dari cengkaman dan eksploitasi kuasa-kuasa Barat dan melancarkan Pergerakan 3 A. Sistem yang merangkumi kombinasi serantau, kebudayaan, ekonomi dan pertahanan di bawah usaha Jepun ini akan dijadikan penampan terhadap perluasan imperialisme Barat. Tujuan asas dasar Jepun ialah penubuhan dunia yang aman selaras dengan semangat Hakko Ichiu (lapan penjuru dunia di bawah satu bumbung). Langkah pertama untuk memastikan perkara ini berjaya ialah menubuhkan Orde Baru di Asia Timur Raya, dengan asasnya terletak pada Jepun, Manchukuo dan China. Walaupun semua pemimpin Jepun bertegas Jepun tiada sebarang cita-cita perluasan kuasa dan menentang imperialisme Barat, negara-negara yang tidak mempunyai kejujuran dan tidak memahami niat sebenar Jepun harus diberikan pengajaran melalui kuasa tentera. Kerajaan Jepun akan terlibat secara langsung dalam mengeksploitasi dan membangunkan kawasan-kawasan Laut Selatan yang berada di bawah kawalannya.

 

Title:Sejarah Pemikiran Pembentukan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur RayaFormat:Kobo ebookPublished:February 6, 2015Publisher:Uqbah Iqbal

The following ISBNs are associated with this title:

ISBN:9990049916800

Look for similar items by category:

Reviews